setiap yang berlaku ada hikmahnya... redha dan belajar menerimanya...

Isnin, 22 Jun 2015

Kembali untuk apa . .

Siapa sangka. Tak siapa menduga. Dia muncul lagi. Bukan S tapi A. Hilangnya tanpa khabar cerita. Kembali dengan sebuah cerita.

Kisah lama usah di kenang. Andai di kenang sakitnya datang menikam.

Dia kata rindu. Dia tanya kenapa aku suka dia dahulu. Dia kata itu kelakar. Tapi siapa sangka dia yang muncul kerana rindukan aku.

Status diri menjadi tanda tanya kini. Adakah benar apa yang aku baca? Adakah benar dia sudah bertunang? Aku keliru. Aku benci mencari jawapan yang tak aku pasti.

Andai benar dia tunangan orang layarkan kebenaran itu di depan mata. Agar tanda bukan lagi tanda tanya.

Kapal takkan berlayar tanpa kemudinya. Andai kemudinya gagal melayarkan kapal dengan sebaiknya maka karamlah ia di lautan dalam. 

Rabu, 6 Ogos 2014

Ku tunggu.

Bila manusia berpegang pada janji. 

Ya . 

Aku akan terus menunggu. 

Sehingga akhir hayat aku. 

Insya Allah.

Khamis, 22 Mei 2014

Hati.

Hati.
Ada apa pada hati?
Ada apa dalam hati?
Ada apa pada hati?

Hati.
Mudahnya kau berubah hati.
Mudahnya kau melukakan hati.
Mudahnya kau menduakan hati.
 
Hati.
Adakah hati itu bakal disayangi?
Adakah hati itu dilindungi?
Adakah hati tiu akan dilukai?

Hati.
Semua kerana hati.
Cerita tentang hati.
Kisah ini mengenai hati.

Hati. 
Jagalah, lindungilag dan sayangilah ia selagi masih ada yang menerima. Jangan dilukai lagi. Jangan pernah kecewakan ia lagi. Kelak hati itu akan berdendam dengan mu. 

Selasa, 29 April 2014

Putus berharap.

Apa lagi hendak aku berharap.
Tak ada yang apa lagi untuk aku berharap. 
Tak guna aku masih berharap.

Tinggalkan. 
Lepaskan.
Lupakan.

Bangkit dari kegagalan.
Bangkit dari kekecewaaan.

Jangan siakan masa.
Jangan siakan apa yang datang.

Kerana aku adalah PEREMPUAN DIA.

Kini aku kembali kerana Dia yang satu.

Rabu, 20 November 2013

Maaf.

Maaf mudah di lafaskan. Tapi maaf yang di lafaskan itu adakah tulus dari hati.. Untuk apa maaf di lafaskan. Kerana apa maaf di ucapkan. Pelbagai soalan di fikiran.. 

"Maaf andai aku lupa mencintaimu seperti dulu". 
"Maaf kerana aku tak mampu menerima kau seperti kali pertama aku menerimamu dalam hidup aku".
"Maaf kerana hati aku sakit untuk menerimamu dalam hidup aku lagi".

Maaf.

Apa terjadi akan tetap terjadi..

Apakah ini yang terjadi adalah ketentuan-Nya. Maka itulah yang tertulis. Takdir yang dah di tentukan.. Siapa mampu menghalang.. Tiada siapa boleh menidakkan apa yang telah terjadi.. Kerana ia tetap akan terjadi.. 

Siapa tahu akan ada hati berubah kerana setiap apa kita mahukan disertakan dengan doa akan termakbul jua.. Adakah doa-doa aku selama ini telah di makbulkan.. Aku hanya mampu terus berdoa.. Berharap sesuatu yang mustahir akan jadi kenyataan suatu masa nanti.. 

Moga ada hikmah apa terjadi. Kerana ia telah pon terjadi... 

Rabu, 13 November 2013

Dia marah ke cemburu?

Bila lelaki caring tentang kita adakah dia marah atau cemburu sekiranya dia dapat tahu ada lelaki lain mendampingi kita? 

Itulaj jadi persoalannya sekarang.. Sukar di tafsirkan.. Sukar aku jangka sifat lelaki seperti dia. Perwatakan yang berbeza.. Semakin hari semakin aku kenal dia siapa.. Mengapa dia bersikap seperti yang dia tunjukkan kepada aku saat2 aku bersamanya.. 

Dia marah  andai aku menghilang dari hidupnya. Dia mulai crmburu andai aku ada lelaki lain selain dia.. Itulah dia.. Sifat yang tersembunyi membuatkan dia berbeza.. Katanya hatinya sukar menerima perempuan lagi setelah insan yang dia sayang pergi tinggalkan dia.. Bukan sekali perempuan membuat dia kecewa bahkan berkali2.. Dan dari situ dia memilih untuk tidak setia.. 

Namun aku akan terus melembutkan hatinya.. Kerana aku yakin.. Dia seorang yang lembut hati... 

Doa ku hanya satu.. Andai dia tulang rusuk kiri aku yang hilang.. Maka akan aku setia padanya sehingga akhir hayat ku.. Amin.