setiap yang berlaku ada hikmahnya... redha dan belajar menerimanya...

Rabu, 20 November 2013

Maaf.

Maaf mudah di lafaskan. Tapi maaf yang di lafaskan itu adakah tulus dari hati.. Untuk apa maaf di lafaskan. Kerana apa maaf di ucapkan. Pelbagai soalan di fikiran.. 

"Maaf andai aku lupa mencintaimu seperti dulu". 
"Maaf kerana aku tak mampu menerima kau seperti kali pertama aku menerimamu dalam hidup aku".
"Maaf kerana hati aku sakit untuk menerimamu dalam hidup aku lagi".

Maaf.

Apa terjadi akan tetap terjadi..

Apakah ini yang terjadi adalah ketentuan-Nya. Maka itulah yang tertulis. Takdir yang dah di tentukan.. Siapa mampu menghalang.. Tiada siapa boleh menidakkan apa yang telah terjadi.. Kerana ia tetap akan terjadi.. 

Siapa tahu akan ada hati berubah kerana setiap apa kita mahukan disertakan dengan doa akan termakbul jua.. Adakah doa-doa aku selama ini telah di makbulkan.. Aku hanya mampu terus berdoa.. Berharap sesuatu yang mustahir akan jadi kenyataan suatu masa nanti.. 

Moga ada hikmah apa terjadi. Kerana ia telah pon terjadi... 

Rabu, 13 November 2013

Dia marah ke cemburu?

Bila lelaki caring tentang kita adakah dia marah atau cemburu sekiranya dia dapat tahu ada lelaki lain mendampingi kita? 

Itulaj jadi persoalannya sekarang.. Sukar di tafsirkan.. Sukar aku jangka sifat lelaki seperti dia. Perwatakan yang berbeza.. Semakin hari semakin aku kenal dia siapa.. Mengapa dia bersikap seperti yang dia tunjukkan kepada aku saat2 aku bersamanya.. 

Dia marah  andai aku menghilang dari hidupnya. Dia mulai crmburu andai aku ada lelaki lain selain dia.. Itulah dia.. Sifat yang tersembunyi membuatkan dia berbeza.. Katanya hatinya sukar menerima perempuan lagi setelah insan yang dia sayang pergi tinggalkan dia.. Bukan sekali perempuan membuat dia kecewa bahkan berkali2.. Dan dari situ dia memilih untuk tidak setia.. 

Namun aku akan terus melembutkan hatinya.. Kerana aku yakin.. Dia seorang yang lembut hati... 

Doa ku hanya satu.. Andai dia tulang rusuk kiri aku yang hilang.. Maka akan aku setia padanya sehingga akhir hayat ku.. Amin.

Selasa, 5 November 2013

KAU TAHU AKU CEMBURU!

jangan buat aku cemburu bila kau dan dia. kau tahu aku cemburu kau dengan sesiapa pun dia! jangan kau jarangkan hubungan kau dan aku andai kau masih mahu aku singgah di hati lagi.

aku tunjuk sifat aku semua pada kau agar kau tahu siapa aku.. kenapa aku jadi begitu.. kerana semua kerana kau!

semua kerana kau...

DIA & AQU.

dia..

siapa dia? adakah dia jodoh aku? atau hadirnya sekadar membuatkan aku melupakan kisah dulu? atau kehadiran dia sekadar persinggahan sementara sebelum aku ketemu jodoh yang selayaknya untuk aku..

"kapal aku layar kini masih belum aku temukan persinggahan yang sepatutnya aku singgah kerana sekiranya itu persinggahan aku harus jajah akan aku pastikan jajahan dan persinggahan aku itu adalah yang terakhir bagi. itu yang aku mahukan dalam hidup aku. aku takkan takut mencuba. bahkan untuk terus mencuba andai itu untuk masih ada ruang itu aku mencuba.."

-itulah namanya tak kenal maka tak cinta-

Rabu, 23 Oktober 2013

i'm back ! !

assalamualaikum...

kini aku kembali dengan kisah yang baru.. kisah lama aku buang jauh-jauh! jangan kau tanyakan kenapa? jangan kau ucapkan mengapa? kini aku yang baru bukan lagi yang dulu..

aku ungkapkan kata-kata yang jarang di dengar.. aku bangkitkan suasana yang aku hingar.. susah untuk aku hapuskan.. maka aku sisirkan.. adab berkasih.. itu hanya ujian.. maka bukan bererti kau dan aku kalah.. atau kau dan aku menang.. perjalan masih panjang.. jangan kau risaukan itu..

pakat menyulam kasih pakat menyampai sayang.. hilang kemana tak aku turutkan.. hanya bergantung nasib.. jangan salahkan nasib diri sendiri.. andai kau letakkan nasib mu di hujung nyawa maka kematian yang kau temukan.. jauhkan diri mu... carilah ruang untuk mu bernafas...

aku lengkapkan diri untuk ujian di masa akan menanti.. tapi aku pasti.. itu akan tentukan aku bahagia bukan di sakiti lagi.. kata-kata bermadah.. hilang berpujangga.. dari mata halus sukar untuk dilihatnya... tiup angin bertiup.. berhembus nafas mu dan nafas ku di dalam udara yang sama...

kapal aku layarkan masih belom karang.. masih jauh untuk aku melayari.. doaku hanya mahukan aku lebih dekat denganNya yang satu.. padaNya aku menyerahkan ketentuan.. kerana itu semua telah tertulis..

kerana cinta Nya lebih besar daripada segalanya.. dan cinta aku pada keluarga lebih aku sanjung sampai akhir usia..

temukan aku kasih yang mencintaiMu... amin

Rabu, 16 Oktober 2013

PERMAINAN APE KAU MAINKAN SELAMA INI!

YA ALLAH, 
Inikah takdir buat aku atas ape yang aku telah lakukan pada masa lalu ku! Engkau lebih mengerti apa yang terbaik. Aku redha dengan ketentuanMu kini.. Pasrah.. Itu mampu aku luahkan.. Syukur Alhamdulillah... Itu mampu aku ucapkan keatas segalanya ketentuanMu pada masa hari-hari aku mendatang... Aku telan kepahitan dan aku pendamkan keperitan ini.. Lumrah hidup aku perlu hadapi.. Semua insan akan lalu apa yang di namakan perhubungan.. Tidak semua perhubungan yang kita impikan akan berakhir dengan kebahagiaan.. Kerana tiada kesempurnaan dalam sesuatunperhubungan itu.. Melainkan keikhlasan dan kesetiaan dalam sesuatu perhubungan itu.. Hadirnya kasoh dan sayang itu menguatkan sesebuah perhubungan..

Andai dia bukan jodoh ku. Hanya Engkau saja yang mengertahui apa yang terbaik.. Engkau mencipta keindahan di dunia ini.. Dan Engkau jua yang menentukan segalanya.. Kisah aku dan dia telah berakhir.. Dan pengakhiran itu bukan yang aku mahukan.. Tapi aku harus menerima.. Bukan salahnya.. Salah aku.. Tapi itulah pengakhiran sebuah perhubungan yang aku cuba untuk pertahankan. Maka perpisahan yang aku lalui.. Doa aku sentiasa mengiringi dia.. Semoga dia bahagia.. Semua ini untuk kebahagiaan dia.. Perpisahan ini untuk kebaikan dia.. Itulah kemahuan dia. Maka itulah yang aku berikan kepada kau.. Aku yang meminta perpisahan itu dan dia yang menghendakinya.. Alasan dia mahu menjauhkan diri akhirnya terbuka jua.. Apalah daya aku.. Aku bukan malaikat atau rasul.. Aku hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.. Semoga dia mengerti suatu hari nanti kesakitan itu.. Bukan aku meminta dia di balas atas apa terjadi.. Aku tak mahu dia di sakiti.. Kerana sayang aku lepaskan.. Moga kau mengerti dari jauh aku MASIH MENCINTAINYA... 

Maafkan diri ini di atas kekhilafan yang lalu.. Erti hidup yang aku lalui akan ada jayuh bangunnya.. Semoga hari-hati mendatang ada hikmahnya.. Hanya itu doaku.. 

-Sayang,aku doakan kebahagiaan kau dari jauh....