setiap yang berlaku ada hikmahnya... redha dan belajar menerimanya...

Isnin, 22 Jun 2015

Kembali untuk apa . .

Siapa sangka. Tak siapa menduga. Dia muncul lagi. Bukan S tapi A. Hilangnya tanpa khabar cerita. Kembali dengan sebuah cerita.

Kisah lama usah di kenang. Andai di kenang sakitnya datang menikam.

Dia kata rindu. Dia tanya kenapa aku suka dia dahulu. Dia kata itu kelakar. Tapi siapa sangka dia yang muncul kerana rindukan aku.

Status diri menjadi tanda tanya kini. Adakah benar apa yang aku baca? Adakah benar dia sudah bertunang? Aku keliru. Aku benci mencari jawapan yang tak aku pasti.

Andai benar dia tunangan orang layarkan kebenaran itu di depan mata. Agar tanda bukan lagi tanda tanya.

Kapal takkan berlayar tanpa kemudinya. Andai kemudinya gagal melayarkan kapal dengan sebaiknya maka karamlah ia di lautan dalam.