setiap yang berlaku ada hikmahnya... redha dan belajar menerimanya...

Rabu, 23 Oktober 2013

i'm back ! !

assalamualaikum...

kini aku kembali dengan kisah yang baru.. kisah lama aku buang jauh-jauh! jangan kau tanyakan kenapa? jangan kau ucapkan mengapa? kini aku yang baru bukan lagi yang dulu..

aku ungkapkan kata-kata yang jarang di dengar.. aku bangkitkan suasana yang aku hingar.. susah untuk aku hapuskan.. maka aku sisirkan.. adab berkasih.. itu hanya ujian.. maka bukan bererti kau dan aku kalah.. atau kau dan aku menang.. perjalan masih panjang.. jangan kau risaukan itu..

pakat menyulam kasih pakat menyampai sayang.. hilang kemana tak aku turutkan.. hanya bergantung nasib.. jangan salahkan nasib diri sendiri.. andai kau letakkan nasib mu di hujung nyawa maka kematian yang kau temukan.. jauhkan diri mu... carilah ruang untuk mu bernafas...

aku lengkapkan diri untuk ujian di masa akan menanti.. tapi aku pasti.. itu akan tentukan aku bahagia bukan di sakiti lagi.. kata-kata bermadah.. hilang berpujangga.. dari mata halus sukar untuk dilihatnya... tiup angin bertiup.. berhembus nafas mu dan nafas ku di dalam udara yang sama...

kapal aku layarkan masih belom karang.. masih jauh untuk aku melayari.. doaku hanya mahukan aku lebih dekat denganNya yang satu.. padaNya aku menyerahkan ketentuan.. kerana itu semua telah tertulis..

kerana cinta Nya lebih besar daripada segalanya.. dan cinta aku pada keluarga lebih aku sanjung sampai akhir usia..

temukan aku kasih yang mencintaiMu... amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan