Inikah takdir buat aku atas ape yang aku telah lakukan pada masa lalu ku! Engkau lebih mengerti apa yang terbaik. Aku redha dengan ketentuanMu kini.. Pasrah.. Itu mampu aku luahkan.. Syukur Alhamdulillah... Itu mampu aku ucapkan keatas segalanya ketentuanMu pada masa hari-hari aku mendatang... Aku telan kepahitan dan aku pendamkan keperitan ini.. Lumrah hidup aku perlu hadapi.. Semua insan akan lalu apa yang di namakan perhubungan.. Tidak semua perhubungan yang kita impikan akan berakhir dengan kebahagiaan.. Kerana tiada kesempurnaan dalam sesuatunperhubungan itu.. Melainkan keikhlasan dan kesetiaan dalam sesuatu perhubungan itu.. Hadirnya kasoh dan sayang itu menguatkan sesebuah perhubungan..
Andai dia bukan jodoh ku. Hanya Engkau saja yang mengertahui apa yang terbaik.. Engkau mencipta keindahan di dunia ini.. Dan Engkau jua yang menentukan segalanya.. Kisah aku dan dia telah berakhir.. Dan pengakhiran itu bukan yang aku mahukan.. Tapi aku harus menerima.. Bukan salahnya.. Salah aku.. Tapi itulah pengakhiran sebuah perhubungan yang aku cuba untuk pertahankan. Maka perpisahan yang aku lalui.. Doa aku sentiasa mengiringi dia.. Semoga dia bahagia.. Semua ini untuk kebahagiaan dia.. Perpisahan ini untuk kebaikan dia.. Itulah kemahuan dia. Maka itulah yang aku berikan kepada kau.. Aku yang meminta perpisahan itu dan dia yang menghendakinya.. Alasan dia mahu menjauhkan diri akhirnya terbuka jua.. Apalah daya aku.. Aku bukan malaikat atau rasul.. Aku hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.. Semoga dia mengerti suatu hari nanti kesakitan itu.. Bukan aku meminta dia di balas atas apa terjadi.. Aku tak mahu dia di sakiti.. Kerana sayang aku lepaskan.. Moga kau mengerti dari jauh aku MASIH MENCINTAINYA...
Maafkan diri ini di atas kekhilafan yang lalu.. Erti hidup yang aku lalui akan ada jayuh bangunnya.. Semoga hari-hati mendatang ada hikmahnya.. Hanya itu doaku..
-Sayang,aku doakan kebahagiaan kau dari jauh....



Tiada ulasan:
Catat Ulasan